27 termasuk siswa dan bekas tahanan diculik dari Tebing Barat

RAMALLAH, 29 Ogos 2018 — Sekurang-kurangnya 27 penduduk Palestin termasuk siswa dan bekas tahanan diculik dalam kempen serbuan tentera Zionis di beberapa wilayah Tebing Barat sepanjang malam tadi.

Seramai lima orang diculik dari beberapa kawasan di Nablus.

Di wilayah al-Khalil, gerombolan besar peronda tentera Zionis menyerbu kawasan berdekatan Universiti al-Khalil sebelum tengah malam dan memecah masuk sebuah bengkel besi milik tahanan Ibrahim al-Qawasmi. Ekoran serbuan tersebut, pertempuran tercetus selama kira-kira dua jam. Ramai penduduk mengalami sesak nafas diserang dengan gas pemedih mata.

Beberapa orang lagi diculik dari selatan wilayah Jenin, termasuk kanak-kanak Mohamed Bani Gharra yang ditahan di sebuah sekatan jalan di kawasan Arraba. Dua orang diculik dari bandar Qabatiya dan seorang lagi dari bandar Siris.

Kenyataan tentera Zionis mendakwa mereka menemui senjata dan pasukan mereka diserang dengan bom buatan sendiri serta bom Molotov di bandar Beit Rima, barat laut Ramallah. Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts