277 Serangan Ke Atas Petugas Perubatan Sejak Oktober

AL-KHALIL, 19 Nov 2015 (PIC) — Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin melaporkan semalam bahawa tentera Zionis telah menyerang seramai 277 orang petugas perubatan sejak 1 Oktober lalu.

Seramai 131 orang daripada mereka tercedera dalam serangan tersebut, manakala sebanyak 76 buah ambulan ditembak dengan bom gas dan grenad pelali.

Tentera Zionis juga menyekat atau melambatkan pergerakan ambulan sebanyak 70 kali ketika mereka sedang membawa pesakit, atau cuba sampai ke tempat kejadian untuk mengambil pesakit.

Dalam pada itu ketua Bulan Sabit Merah Palestin, Younis al-Khatibmendakwa pihak Zionis cuba melancarkan kempen hasutan ke atas para petugasnya.

Kempen rejim itu cuba mengalihkan perhatian dunia daripada jenayah yang sedang mereka lakukan ke atas hospital dan petugas perubatan Palestin di wilayah yang terjajah.

Sebelum ini rejim Zionis mendakwa Bulan Sabit Merah Palestin enggan membawa pendatang Yahudi yang tecedera ditembak, dalam insiden di Al-Khalil pada minggu lalu, dan sengaja membiarkan mangsa mati di tempat kejadian.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts