RAMALLAH, 30 Julai 2018 — Sekurang-kurangnya 28 penduduk Palestin termasuk empat orang jurnalis dan 10 orang bekas tahanan diculik oleh tentera penjajah Zionis dari beberapa wilayah di Tebing Barat sepanjang malam tadi.
Empat orang jurnalis diculik dari wilayah Ramallah, iaitu Alaa al-Rimawi, Mohamed Ulwan, Quteibah Hamdan, dan Husni Najas. Tentera Zionis turut merampas sebuah kereta milik jurnalis Husni Najas beserta peralatan media beliau.
Sementara lapan orang bekas tahanan diculik dari Qalqilya dan dua yang lain dari Beit Lahm.
Pada masa yang sama pasukan peronda tentera Zionis memecah masuk dan menyelongkar rumah Nidaa Dweik, iaitu anak perempuan Speaker Majlis Legislatif Palestin Aziz Dweik. Mereka turut menggeledah rumah-rumah bekas tahanan Mohamed al-Qawasmi dan Bilal al-Natsha, sebelum menyerah notis kepada kedua-dua mangsa supaya hadir untuk diinterogasi.
(PIC, Maan, PNN)