28,651 Yahudi Berpindah ke Tanah Palestin

BAITULMAQDIS, 28 Dis 2017 — Seramai 28,651 orang Yahudi dari berbagai negara telah berpindah untuk menetap di tanah Palestin yang terjajah sepanjang tahun 2017.

Maklumat Kementerian Pendatang dan Integrasi Zionis menunjukkan seramai 7,046 daripada pendatang terbabit berasal dari Rusia, 6,881 dari Ukraine, 3,356 dari Perancis, 3,314 dari Amerika dan selebihnya dari negara-negara lain.

Menterinya, Sofa Landver, baru-baru ini menyebut bahawa pendatang Yahudi merupakan aset besar rejim Zionis, dan berjanji untuk meningkatkan bajet untuk membawa masuk lebih ramai Yahudi tinggal di kawasan-kawasan penempatan haram.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts