287 Penduduk Palestin Dilucutkan Status Warga Kota Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS, 28 Dis 2017 — Pusat Bantuan Guaman dan Has Asasi Baitulmadis mendedahkan bahawa seramai 287 penduduk Palestin, termasuk tujuh kanak-kanak, digugurkan status sebagai warga Baitulmaqdis oleh rejim Zionis sejak Januari 2013 hingga Ogos 2017.

Seramai 17 orang termasuk dua kanak-kanak dikenakan hukuman tersebut sepanjang lapan bulan pertama tahun ini.

Berbagai alasan digunakan oleh rejim Zionis, terutamanya kerana “pusat kehidupan” mereka yang terbabit telah berpindah ke luar kota Baitulmaqdis. Dengan polisi ini, rejim Zionis boleh membantalkan hak sebagai penduduk Baitulmaqdis ke atas mereka yang mana “pusat kehidupan” mereka berpindah ke wilayah berdekatan Tebing Barat, walaupun mereka tidak mendapat status penduduk di wilayah yang didiami itu.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts