29 Pelarian Palestin Terbunuh Di Syria

LONDON, 3 Nov 2015 (Palinfo) — Kumpulan bertindak untuk pelarian Palestin di Syria mengumumkan seramai 29 orang pelarian Palestin di Syria terbunuh sepanjang bulan Oktober lalu.

12 orang daripadanya terbunuh ditembak, tiga akibat penderaan, tujuh dalam pertempuran dan pengeboman, dua menjalani hukuman mati, seorang akibat sekatan dan seorang lagi terbunuh dalam kebakaran.

Kumpulan bertindak tersebut menerbitkan laporan semalam, menjelaskan bahawa lapan daripada kematian berlaku di Damaskus dan kawasan pendalamannya.

Jumlah pelarian Palestin yang terkorban di Syria setakat ini adalah seramai 3,059 orang.

Laporan tersebut mendedahkan bahawa penduduk kem-kem pelarian Palestin di Syria menderita akibat penganiayaan, serangan, pengeboman, pencemaran, kejahilan dan bekalan elektrik yang terputus untuk tempoh yang sangat lama. Selain itu, mereka juga berhadapan dengan kekurangan bekalan minyak petrol dan makanan asas, di samping harga barangan yang terlalu tinggi.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts