NABLUS, 18 Julai 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik 29 penduduk Palestin termasuk bekas tahanan dan pemimpin pergerakan Hamas dalam beberapa operasi di seluruh wilayah Tebing Barat awal pagi tadi.
Sekurang-kurangnya 12 orang diculik dari Jenin, yang kebanyakannya adalah pemimpin Hamas. Sementara tujuh yang lain diculik dari Ramallah termasuk penasihat undang-undang kelab tahanan dan bekas tahanan, Sami Abu Hussein yang pernah merengkok dalam penjara Zionis selama 25 tahun.
Dalam operasi besar-besaran di al-Khalil, lima orang diculik.
Seorang lagi penduduk diculik dari Tulkarem.
Manakala di Nablus, tentera Zionis menyerbu bandar al-Asira secara ganas dan menjalankan operasi memburu penduduk secara besar-besaran. Sebilangan sekatan jalan juga dibina ketika operasi tersebut.
Berikut adalah senarai sebahagian mangsa yang diculik:
- Saed Abi al-Baja, Betunia – Ramallah.
- Sami Abu Hussein (bekas tahanan politik), Betunia – Ramallah.
- Ibrahim Ahmad Tamimi, Dier Nitham – Ramallah.
- Mouse Srouji, Tulkarem.
- Odai al-Amour, Yatta – al-Khalil.
- Mohammad al-Amour, Yatta – al-Khalil.
- Rami Najjar, Yatta – al-Khalil.
- Mohammad Jibrin, Yatta – al-Khalil.
- Ahmad Jibrin, Yatta – al-Khalil.
- Omar Mohammad Barghouthi, Ramallah.
- Nassim Hosni Barghouthi, Ramallah.
- Ayyoub Rasmi Abu Alia, al-Mghayir – Ramallah.
- Montasser Misbah Abu Alia, al-Mghayir – Ramallah.
- Ahmad Tayyeb, kem pelarian Jenin.
- Tamer Ahmad Tayyeb, kem pelarian Jenin.
- Saber Ahmad Tayyeb, kem pelarian Jenin.
- Rauf Ahmad Tayyeb, kem pelarian Jenin.
- Wisam Abu Zeid, kem pelarian Jenin.
- Awni Kamil, Qabatia – Jenin.
- Issam Saba’na, Qabatia – Jenin.
- Abdul-Hakim Mousa, Marka – Jenin.
- Moath Mousa, Marka – Jenin.
- Fadi Hussein al-Atrash, Kafr Ra’ey – Jenin.
- Borhan Mustafa al-Atrash, Kafr Ra’ey – Jenin.
- Omar Mheisin, kem pelarian Shu’fat – Baitulmaqdis.
- Mahmoud Sa’adi al-Adawein, kem pelarian Shu’fat – Baitulmaqdis.
- Ra’eda Sa’id, Baitulmaqdis.
(PIC, Maan, IMEMC, PNN)