GAZA, 9 Mei 2016 (PIC) — Krisis bekalan elektrik di Gaza menjadi punca kepada kematian 29 penduduknya sejak tahun 2010.
Laporan yang diterbitkan oleh pertubuhan hak asasi al-Mezan Center for Human Rights menyebut bahawa semua mangsa tersebut meningggal dunia samada terbakar hidup-hidup atau sesak nafas sehingga maut, apabila mereka menggunakan kaedah yang tidak selamat untuk menerangi rumah mereka apabila bekalan elektrik terputus untuk tempoh yang lama.
Laporan tersebut menyentuh insiden kematian tragik tiga anak-anak keluarga al-Hindi beberapa hari lalu apabila rumah mereka terbakar berpunca dari api lilin.