2 Remaja Palestin Terbunuh

GAZA, 11 Dis – Pada Jumaat (10/12) Sumber-sumber perubatan di Semenanjung Gaza melaporkan bahawa  dua remaja Palestin telah terbunuh apabila sebuah meriam lama tinggalan tentera Israel meletup di Gaza.

Menurut jurucakap Perubatan Gaza Adham Abu Salmiya, Victor Batniji, 16 tahun telah meninggal sebaik sahaja tiba di Hospital Shifa Bandar Gaza. Moumin Helles, 16 tahun, juga meninggal dunia setibanya di hospital setelah cedera parah apabila meriam milik tentera Isreal tersebut meletup di  Shujaiyya.

Menurut jurucakap tentera Israel, pihak tentera Israel sememangnya menyedari tentang kewujudan bahaya letupan di kawasan berkenaan tetapi IDF tidak bertanggungjawab terhadap kemalangan ini.

Tiga orang rakyat palestin Gaza turut tercedera apabila Israel melepaskan tembakannya di kawasan “buffer zone” sepanjang sempadan Gaza Israel.

Abu Salmiya berkata bahawa dua pemuda didalam lingkungan 20an tiba di Hospital Kamal Udwan di Beit Lahiya selepas ditembak oleh tentera Israel apabila mempertaruhkan nyawa mereka memasuki utara “buffer zone” semata mata untuk memungut kayu api.

Di dalam kejadian yang lain, menurut sumber tempatan remaja berusia 16 tahun telah ditembak di lutut oleh tentera Israel ketika mangsa sedang bekerja di sebuah ladang milik keluarganya di perkampungan Khuza’a, berhampiran Khan Younis. Menurut Abu Salmiya, beliau telah dihantar ke Hospital Nasser di Khan Younis.

Jurucakap tentera Israel mengesahkan bahawa tenteranya telah menembak 3 orang rakyat Palestin, dua di utara Beit Lahiya dan satu di selatan Khan Younis. Di dalam kedua dua kes ini, pihak tentera Israel telah melihat mangsa menghampiri sempadan dan mereka terlebih dahulu melepaskan tembakan amaran sebelum bertindak menembak ketiga tiga mangsa tersebut.

Sebelum kejadian tersebut, menurut sumber di Gaza, kapal tentera Israel telah menembak sebuah bot nelayan luar pantai Deir Al-Balah dan Khan Younis. Tiada kehilangan jiwa dilaporkan.

Dalam pada itu, sayap tentera Jihad Islam, Al-Quds Brigades telah melepaskan beberapa tembakan mortar kearah pasukan elit tentera Israel berhampiran dengan Pengkalan Tentera Isarel di Kissufim. (imc/mnn)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts