3 aktivis Palestin diculik di Tulkarem dan Jenin

RAMALLAH, 20 Jun 2017 (PIC) — Pertempuran sengit tercetus di bandar Anabta di timur wilayah Tulkarem awal pagi tadi, apabila tentera penjajah Zionis menyerang penduduk dan menculik dua orang aktivis termasuk seorang pemimpin Hamas.

Tentera Zionis memecah masuk dan menggeledah rumah pemimpin Hamas, Mohamed Sabha, dan kemudian menculik beliau. Mohamed sebelum ini pernah dipenjara selama 18 tahun dan dibebaskan hanya beberapa bulan lalu.

Dalam kejadian di selatan Jenin, tentera Zionis menyerbu bandar Kafr Ra’i dan menculik pemuda Mustafa Abu Akel dari rumahnya. Tentera turut memasang sekatan di laluan utama ke bandar tersebut dan memecah masuk beberapa rumah lain.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts