3 askar Zionis cedera dilanggar

BEIT LAHM, 6 Julai 2016 (Maan) — Sekurang-kurangnya tiga orang askar Zionis cedera ringan apabila kereta yang mereka naiki dilanggar oleh seorang pemandu Palestin di laluan masuk ke penempatan haram Neve Daniel barat daya al-Quds. Pemandu Palestin terbabit dilaporkan cedera parah dan dikejarkan ke hospital.

Insiden di Route 60 tersebut dilaporkan sebagai serangan ke atas pihak Zionis berikutan kezaliman mereka ke atas penduduk Palestin dan penodaan di tapak-tapak suci umat Islam.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts