3 beradik maut dalam kebakaran rumah di kem Nuseirat

GAZA, 2 Sep 2020 — Tiga beradik kanak-kanak Gaza meninggal dunia dalam kebakaran rumah mereka di kem pelarian Nuseirat di Gaza awal malam tadi.

Muhammad, Mahmoud dan Youssef Al-Hazeen, yang berumur kurang dari 10 tahun, maut dalam kejadian yang berpunca dari sebatang lilin. Semua mayat mereka dibawa ke Hospital Syuhada al-Aqsa di tengah Gaza dalam keadaan rentung.

Gaza dikepung oleh rejim Zionis dan sekutunya sejak 14 tahun lalu. Penduduk terpaksa menggunakan lilin kerana gangguan bekalan elektrik yang berterusan, apabila rejim Zionis menyekat semua kemasukan bahan api untuk kegunaan penjana kuasa.

Kemampuan bekalan sedia ada amat terhad, menyebabkan gangguan bekalan elektrik berterusan sehingga lebih 16 jam setiap hari.

(Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts