3 cedera ditembak di utara Gaza

GAZA, 4 Mac 2019 — Tentera penjajah Zionis menembak tiga penduduk Palestin di timur Jabaliya di utara wilayah Gaza yang terkepung, malam tadi.

Semua mangsa dikejarkan ke Hospital Indonesia di Beit Lahiya.

Malam semalam, pesawat dron Zionis melepaskan dua tembak roket di kawasan pagar sempadan di timur wilayah tengah Gaza.

Sementara pada hari Jumaat, seramai 83 penduduk termasuk 23 kanak-kanak dan seorang wanita tercedera diserang ketika menyertai perhimpunan aman Great Return March (GRM) bagi minggu ke-49. Tiga orang paramedik dan seorang jurnalis adalah dari kalangan mereka yang tercedera.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts