3 jurnalis Palestin cedera diserang tentera Zionis

RAMALLAH, 3 Mei 2016 (PIC) — Tiga jurnalis Palestin cedera diserang oleh tentera Zionis dalam satu perhimpunan aman bersempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia berdekatan penjara Ofer.

Peserta berhimpun dengan membawa kain rentang dan melaungkan slogan supaya dibebaskan jurnalis Omar Nazzal, serta dihentikan keganasan ke atas jurnalis Palestin.

Ketiga-tiga jurnalis, Mohamed Abu Shusha, Ali Abeidat, dan Zaher Abu Hussein dikejarkan ke hospital Ramallah untuk mendapatkan rawatan akibat serangan gas pemedih mata dan grenad pelali yang berlebihan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts