3 kanak-kanak cedera dalam pertempuran di Beit Ummar

AL-KHALIL, 3 Okt 2017 — Tiga kanak-kanak Palestin cedera dan beberapa yang lain cedera sesak nafas apabila tentera Zionis menyerang masuk kawasan al-Daher di selatan bandar Beit Ummar, al-Khalil.

Ketiga-tiga mangsa ditembak di bahagian kaki ketika pasukan tentera melepaskan tembakan peluru getah, bom pelali dan gas pemedih mata ke arah kumpulan pemuda Palestin yang menghalang serangan dengan membaling batu dan botol.

Sebelum berundur dan bergerak ke arah kawasan penempatan haram Karmei Tzur, tentera Zionis menaiki bumbung rumah penduduk Palestin dan melepaskan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata, serta menyekat laluan utama dengan menggunakan tong-tong sampah untuk mengganggu pergerakan penduduk.

(PIC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts