NABLUS, 8 Julai 2016 (PIC) — Tentera Zionis petang semalam menangkap tiga kanak-kanak dari bandar Hawara di selatan Nablus atas tuduhan membaling batu ke arah kenderaan tentera.
Penduduk gagal untuk menghalang tindakan tentera penjajah tersebut.
Pada masa yang sama tentera menutup sekatan tentera di Hawara dan Zaatara tanpa memberi sebarang notis, sekaligus menghalang pergerakan penduduk Palaestin menyambut hari kedua Aidilfitri.
Dalam pada itu pertempuran dilaporkan tercetus di bandar Seir di al-Khalil apabila tentera penjajah menyerang masuk bandar tersebut dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata. Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.
Tentera Zionis terus mengepung bandar Yata dan Bani Naim secara berterusan sejak tujuh hari lalu.