3 Lelaki Palestin Dibunuh Dalam Tempoh Sehari

AL-KHALIL, 26 Nov 2015 (Maan) — Pemuda Palestin Khalid Mahmoud al-Jawabreh menjadi mangsa ketiga meninggal dunia akibat ditembak oleh tentera Zionis dalam tempoh sehari, semalam.

Khalid, 19 tahun, ditembak dalam satu pertempuran di antara pemuda kem tersebut dengan tentera Zionis di kem pelarian al-‘Arroub. Beliau meninggal dunia di Hospital Al-Ahli setelah cedera parah terkena dua das tembakan di bahagian perut.

Pasukan ambulan yang cuba membantu mangsa terpaksa melalui laluan alternatif yang jauh kerana tentera Zionis menutup jalan masuk utama ke kem tersebut sejak beberapa hari lalu. Sementara itu semua jalan anternatif dikawal oleh tentera ZIonis.

Terdahulu, Yahya Yusri Taha, 21 tahun, ditembak mati dalam satu pertempuran ketika tentera menceroboh masuk bandar Qatanna. Beliau ditembak di bahagian kepada dan meninggal dunia setelah dibiarkan berdarah selama lebih 90 minit. Ambulan Palestin dihalang mendekati mangsa untuk memeberi bantuan.

Beberapa jam kemudian tentera Zionis menembak mati Samer Hasan Seriesi, 51 tahun, di sebuah sekatan tentera di Zaatara di selatan Nablus. Beliau dikatakan cuba menikam seorang askar sebelum ditembak dan dibiarkan berdarah sehingga meninggal dunia. Pasukan ambulan Zionis yang ada di tempat kejadian hanya melihat keadaan mangsa dari jauh tanpa memberi sebarang bantuan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts