3 paderi cedera diserang polis Zionis di Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS, 24 Okt 2018 — Gereja Ortodoks Koptik di Baitulmaqdis mengesahkan tiga orang paderi cedera diserang secara ganas oleh pasukan polis Zionis berdekatan kawasan Gereja Holy Sepulchre di Baitulmaqdis.

Serangan berlaku ketika pihak gereja berhimpun secara aman menghalang rejim Zionis melakukan kerja-kerja membaik pulih di biara Deir es-Sultan tanpa mendapat kebenaran dari pihak gereja Koptik.

Lima paderi lain ditangkap dan ditahan selama beberapa jam.

Gereja Koptik bertegas bahawa biara terbabit adalah sebahagian daripada bangunan gereja yang diserahkan kepada mereka oleh Sultan Salahuddin al-Ayyubi selepas membebaskan Baitulmaqdis.

(PIC, IMEMC, PNN)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts