3 pegawai keselamatan Zionis ditembak mati di al-Quds

AL-QUDS, 26 Sep 2017 — Dua pengawal keselamatan dan seorang anggota polis sempadan Zionis mati manakala seorang lagi cedera parah ditembak dari jarak dekat di laluan masuk ke penempatan haram Har Adar, berdekatan bandar Qatana di barat laut al-Quds pagi tadi.

Penyerang yang dikenali sebagai Nimr Mahmoud Ahmed Jamal, 37, dari perkampungan berdekatan Beit Surik meninggal dunia di tempat kejadian selepas berbals tembakan dengan pasukan keselamatan Zionis.

Kejadian berlaku ketika Nimr bersama sekumpulan pekerja Palestin melintas sekatan tentera untuk masuk ke penempatan haram tersebut, di mana polis Zionis menyekat Nimr yang pantas mengeluarkan sepucuk pistol usang dan menembak pegawai polis dari jarak dekat.

Pihak perisikan Zionis membahas bagaimana Nimr begitu cekap menggunakan senjata, yang mampu menembak pegawai polis bersenjata otomatik tepat di bahagian dada dan perut dari jarak yang sangat dekat dalam masa yang sangat singkat, bahkan tanpa menukar magazin pistolnya.

Susulan kejadian, pemimpin Zionis Benjamin Netanyahu mengarahkan rumah keluarga Nimr dimusnahkan dan permit kerja bagi semua saudaranya dibatalkan segera.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts