3 Pelajar Ditangkap Ketika Menuju Ke Sekolah

RAMALLAH, 19 Nov 2017 — Tentera penjajah Zionis menangkap tiga pelajar di laluan masuk perkampungan Nabi Saleh di utara wilayah Ramallah pagi tadi.

Ketika kejadian, ketiga-tiga mangsa Ahmad Shaker Tamimi, Mohannad Essam Tamimi dan Mohannad Hamza Tamimi sedang menuju ke sekolah mereka di perkampungan Deir Nitham di barat laut Ramallah.

Mereka ditangkap dan diheret ke sebuah menara kawalan tentera di laluan masuk perkampungan Nabi Saleh. Tentera Zionis menyerbu perkampungan tersebut di awal pagi dan mendakwa pemuda-pemuda Palestin dan pelajar sekolah telah membaling batu ke arah kenderaan peronda tentera.

(Sumber: PIC, IMEMC, WAFA)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts