3 pemuda al-Quds ditangkap

AL-QUDS, 26 Apr 2016 (PIC) — Polis Zionis dengan kerjasama pasukan perisik Shin Bet sepanjang malam tadi menjalankan operasi di kejiranan Jabal Mukaber selepas menerima maklumat bahawa tiga orang pemuda Palestin merancang untuk membuat serangan anti penjajahan.

Sekumpulan besar polis penjajah dikerahkan memecah masuk sebuah apartmen di mana tiga pemuda tersebut telah ditangkap. Pihak polis tidak mendedahkan identiti mangsa, namun mereka dikatakan berasal dari Nablus.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts