3 pemuda dari Umm al-Fahm dikenakan tahanan pentadbiran

AL-QUDS, 3 Ogos 2017 — Tiga pemuda Palestin dari bandar Umm al-Fahm di Wilayah Palestin 1948 yang terjajah yang ditahan sejak 10 hari lalu dijatuhkan hukuman tahanan pentadbiran selama enam bulan.

Arahan tersebut ditanda tangani oleh Menteri Perang Avigdor Lieberman.

Tidak ada sebarang pertuduhan ke atas ketiga-tiga pemuda tersebut, dan peguam mereka tidak diberi sebarang maklumat atas alasan kerahsiaan penahanan mereka.

Keluarga mereka diberitahu tentang penahanan tersebut hanya beberapa hari lalu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts