3 pemuda ditembak mati di sempadan selatan Gaza

GAZA, 6 Mei 2018 — Tiga pemuda Palestin ditembak mati oleh tentera Zionis yang berkawal di kawasan sempadan di timur bandar Khuza’a di selatan Gaza.

Mangsa dikenali sebagai Bahaa Qdeih, 23, dan Mohammed Abu Reida, 20. Bahaa ditemui sudah meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Mohammed berada dalam keadaan kritikal dan meninggal dunia di hospital. Sementara jenazah mangsa ketiga telah ditahan oleh tentera Zionis.

Ketika kejadian, tentera Zionis melepaskan tembakan meriam ke arah sekumpulan pemuda di kejiranan Abu Reida di Khuza’a. Tentera Zionis turut melepaskan tembakan ke arah ambulan yang berkejar ke tampat kejadian. Pasukan perubatan hanya berjaya mendekati mangsa lebih setengah jam selepas mereka diserang.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts