3 pemuda Palestin cedera ditembak

AL-KHALIL, 29 Jun 2017 (Maan) — Tentera penjajah Zionis menembak dan mencedera sekurang-kurangnya tiga pemuda Palestin dalam serbuan awal pagi di dua buah perkampungan di wilayah al-Khalil.

Tentera Zionis mengiring beberapa orang rabbi tentera menyerbu perkampungan Beit Ummar dan kemudian menyerang masuk masjid utama perkampungan tersebut, di mana terletaknya makam Nabi Matta. Dua orang rabbi melakukan ritual di makam tersebut, sambil mengambil foto masjid dan membuat ukuran di makam tersebut selama lebih tiga jam.

Dalam pada itu, tentera Zionis turut memecah masuh beberapa rumah lama di Beit Ummar serta menembak gas pemedih mata ke dalam rumah yang didiami oleh Omar Ahmad Awwad sehingga menyebabkan kebakaran.

Pertempuran tercetus apabila api merebak, di mana tentera Zionis menembak remaja Malik Ayish Abu Hashem dengan gas pemedih mata sehingga menyebabkan lengan beliau patah. Ramai yang lain mengalami sesak nafas.

Beberapa orang pemuda termasuk Muhammad Khalil Abd al-Fattah Sabarneh, 32, Shihada Yousif Shihada Adi, 30, dan Moussa Khalid Ayyad Awwad, 17, ditangkap dan dilarikan ke pengkalan tentera Etzion di utara Beit Ummar.

Dalam kejadian lain di Ramallah, dua pemuda Palestin dikejarkan ke sebuah hospital selepas cedera ditembak dengan gas pemedih mata. Ramai yang lain dilaporkan mengalami sesak nafas.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts