3 penduduk Gaza cedera apabila siling rumah runtuh

GAZA, 7 Jun 2016 (Maan) — Tiga beranak di Khan Younis, selatan Gaza tercedera apabila sebahagian daripada siling bumbung rumah mereka runtuh.

Muhammad Lahham beserta dua anak lelakinya cedera sederhana dalam insiden tersebut dan dikejarkan ke Hospital Nasser.

Sejak tahun 2008, penduduk Gaza berhadapan dengan tiga serangan besar-besaran oleh tentera Zionis. Dalam serangan pada tahun 2014, sebanyak 12,600 buah rumah musnah. Sebanyak 6,500 buah lagi rosak teruk dan 150,000 yang lain tidak dapat dihuni lagi.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts