GAZA, 24 Jun 2018 — Tiga penduduk Palestin cedera dalam serangan pesawat dron tentera udara Zionis di Gaza petang tadi.
Sebanyak dua serangan dibuat ke atas sekumpulan pemuda yang berkumpul di kawasan timur kem pelarian Awda di kejiranan Zeitoun. Sebelumnya, pesawat Zionis telah menyasarkan sebuah motorsikal.
Semua mangsa dikejarkan ke Hospital Shifa.
Kenyataan tentera Zionis menyebut bahawa mereka menyerang sebuah kenderaan yang digunakan untuk menerbangkan layang-layang dan belon-belon yang membawa bara api ke kawasan penempatan haram Yahudi berdekatan sempadan Gaza.
Sejak beberapa hari lalu, beberapa insiden kebakaran tercetus di kawasan penempatan haram Yahudi apabila pemuda Gaza melepaskan belon yang diisi dengan gas, helium sebagai membantah tindakan zalim tentera Zionis ke atas para peserta perhimpunan aman Great Returm March.
(PIC, IMEMC)