3 penduduk Palestin diculik dari Tebing Barat

AL-KHALIL, 31 Mac 2019 — Tentera penjajah Zionis awal pagi tadi menculik tiga penduduk Palestin termasuk dua kanak-kanak dari beberapa daerah di Tebing Barat.

Dua kanak-kanak diculik dari kem pelarian al-Aroub di al-Khalil, iaitu Adam Muhannad Abu Shamaa dan Ismail Maher al-Sharif. Pada masa yang sama, seorang pendatang Yahudi melepaskan tembakan ke arah rumah-rumah keluarga Palestin di kem al-Arroub. Bagaimanapun namun tiada kecederaan dilaporkan.

Dalam kejadian di Jenin, tentera Zionis memecah masuk dan menggeledah rumah keluarga tahanan Islam Wishahi di perkampungan al-Shuhada. Islam dituduh menikam seorang pegawai penjara Zionis dalam kekecohan di penjara Gurun Naqab minggu lalu. Tentera Zionis menembak beliau sehingga tercedera. Beliau kini dikurung berseorangan.

(PIC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts