3 penduduk Palestin terbunuh di Baitul Maqdis

BAITUL MAQDIS, 16 Jun 2017 (PIC) — Tiga orang penduduk Palestin terbunuh dan seorang lagi cedera ditembak oleh tentera Zionis dalam satu pertempuran bedekatan Pintu Damaskus di Baitul Maqdis petang tadi.

Seorang anggota wanita polis Zionis turut terbunuh dan enam orang Yahudi cedera.

Kenyataan polis Zionis menyebut bahawa tiga pemuda Palestin cuba membuat serangan menggunakan senjata semi-otomatik, di samping alat tajam untuk menikam, di Jalan Sultan Suleiman.

Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan mangsa sebagai Bara Saleh, 18, dari bandar Deir Abu Mishal, Adel Ankoush, 18, dari kota al-Bireh, dan Osama Ata, 18, dari bandar Deir Abu Mishaal di Ramallah.

Manakala pemuda Amer Badawi, 31, yang berasal dari al-Khalil cedera dan dikejarkan ke sebuah hospital.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts