3 penduduk Palestin termasuk wanita diculik dari Tebing Barat

RAMALLAH, 20 Mei 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik tiga penduduk Palestin, termasuk seorang wanita, dari wilayah Ramallah dan Tulkarem awal pagi tadi.

Tentera Zionis memecah masuk dan menggeledah rumah-rumah penduduk di bandar Doura al-Qare’ di timur laut Ramallah, dan menculik Mahmoud Jamal al-Masri dan Nassim Rawhi Hamdan.

Mereka turut menggeledah rumah di Tulkarem dan menculik seorang wanita, Rania Ahmad Ali.

(IMEMC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts