RAMALLAH, 10 Mac 2016 (PIC) — Tiga orang remaja perempuan Palestin di penjara HaSharon disiksa ketika dalam tahanan dan sesi soal siasat.
Peguam Persatuan Tahanan Palestin (PPS) yang menziarahi mereka mendedahkan bahawa Rama Jaabis, 14 tahun, dan Malak Salman, 16 tahun, yang kedua-duanya berasal dari al-Quds dipaksa berbaring di atas lantai sebelum digari, dimaki hamun dan dipukul secara agresif.
Sajida Hassan, 16 tahun, dari Nablus juga melalui proses penganiayaan yang sama. Ketiga-tiga mereka ditahan sejak Februari lalu.
Ibubapa dihalang mengiringi mereka ketika sesi soal siasat.
Menurut kenyataan PPS, undang-undang telah menetapkan bahawa remaja atau kanak-kanak harus di soal siasat dengan kehadiran ibubapa atau penasihat guaman mereka bagi mengelakkan pengakuan secara paksa oleh pihak yang menyoal siasat.