3 rumah keluarga Palestin diroboh di Jaffa

JAFFA, 5 Jun 2016 (PIC) — Tentera Zionis pagi tadi memusnahkan sebahagian daripada banguan tiga buah rumah keluarga Palestin yang terletak di Jalan al-Basra di kota Jaffa, atas alasan bangunan-bangunan terbabit dibina di atas tanah milik pihak berkuasa Zionis.

Buldozer tentera penjajah memusnahkan dinding sebuah daripada rumah tersebut, tiga bilik di sebuah rumah berdekatan, dan dua bilik di sebuah lagi rumah lain.

Beberapa buah rumah keluarga Palestin di musnahkan di Jaffa kebelakangan ini, termasuk rumah milik keluarga Anajjar dan Dakka.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts