3 Rumah Penduduk Palestin Jordan Diroboh Di Lembah

LEMBAH JORDAN, 7 Nov 2017 — Pihak berkuasa rejim Zionis hari ini meroboh tiga buah rumah penduduk Palestin di perkampungan al-Jeftlik di timur kota Tubas, Lembah Jordan, atas alasan tidak mempunyai permit pembinaan.

Pihak rejim menyerah notis arahan perobohan kepada pemillik rumah walaupun mereka mempunyai dokumen pemilikan yang sah. Rumah-rumah yang terletak dalam Kawasan C itu dibina dua tahun lalu.

Kawasan C meliputi 60% daripada kawasan Tebing Barat, di mana kebanyakan penempatan haram Yahudi dibina. Kawasan ini dikawal sepenuhnya oleh tentera Zionis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts