3 sekeluarga cedera dilanggar oleh pendatang Yahudi

QALQILIYA, 25 Okt 2016 (PIC) — Sepasang suami isteri Palestin serta anak lelaki mereka cedera apabila kereta kuda yang mereka naiki dilanggar secara sengaja oleh seorang pendatang Yahudi di jalan utama berdekatan perkampungan al-Nabi Elyas di Qalqilia, utara Tebing Barat pagi tadi.

Ketika kejadian, mangsa sedang dalam perjalanan menuju ke kebun mereka di timur Qalqiliya yang tidak jauh dari kawasan penempatan haram Alfei Menashem.

Muhammad Daoud, 61, dan isterinya Naela Hassan Ali Dawood, 58, dikejarkan ke Hospital Darwish Nazzal di Qalqiliya dalam keadaan parah. Manakala anak mereka dilaporkan cedera ringan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts