3 tahanan mogok lapar dipindahkan ke kurungan kecil berseorangan

AL-QUDS, 18 Julai 2016 (PIC) — Tiga tahanan Palesitin yang melancarkan mogok lapar membantah tahanan pentadbiran ke atas mereka sejak 15 Julai lalu dipindahkan ke dalam kurungan kecil secara berseorangan di penjara Ofer, tanpa diberi sebarang minuman.

Prosedur agresif pihak penjara Zionis ke atas tahanan Malik al-Qadi, 20, Munanad Jaber, 24, dan Ayyad al-Herimi, 23, yang semuanya berasal dari Beit Lahm, bermula apabila pasukan khas tentera Zionis memecah masuk ke dalam kurungan mereka pada jam 3:00 pagi dan menggeledah dengan menggunakan anjing pengesan.

Dalam pada itu, seramai 48 orang tahanan Palestin di penjara Gilboa turut dibiarkan dalam keadaan cuaca panas dan tidak dibekalkan dengan kipas secukupnya.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts