30 cedera dalam pertempuran di Jericho

JERICHO, 7 Feb 2018 — Seramai 30 penduduk Palestin cedera dalam beberapa pertempuran yang tercetus di Jericho petang tadi.

Kenyataan Bulan Sabit Merah Palestin menyebut seramai 30 orang cedera di laluan masuk kota Jericho, di mana 21 orang ditembak dengan peluru bersalut getah dan sembilan yang lain sesak nafas diserang dengan gas pemedih mata.

Dalam kejadian lain, seorang pemuda cedera ditembak oleh seorang pendatang Yahudi ketika memandu berdekatan persimpangan Beit Ayoun di utara al-Khalil. Mangsa dikejarkan ke Hospital al-Mizan.

(PIC, WAFA)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts