30 Lesen Eksport Senjata ke Israel Digantung UK

Setiausaha Luar UK, David Lammy umum United Kingdom (UK) menggantung 30 lesen eksport senjata ke Israel selepas semakan semasa ucapannya di Parlimen.

Lammy menyatakan keputusan dibuat berikutan kajian semula lesen eksport senjata UK mendapati terdapat “risiko jelas” bahawa ia akan digunakan dengan cara yang boleh melanggar undang-undang antarabangsa.

“Menghadapi konflik seperti ini, adalah menjadi kewajipan undang-undang kerajaan ini untuk menyemak semula lesen eksport Britain,” kata Lammy dipetik agensi berita Anadolu.

Lammy berkata kira-kira 30 daripada 350 lesen akan digantung.

Beliau bagaimanapun berkata, “ini bukan larangan menyeluruh, ini bukan sekatan senjata”.

Kerajaan British sebelum ini dikecam kerana meneruskan lesen eksport senjata ke Israel.

Jabatan Perniagaan dan Perdagangan UK pada Jun berkata, UK telah mengeluarkan 108 lesen eksport senjata ke Israel sejak 7 Oktober tahun lalu apabila konflik Gaza bermula, manakala lebih 300 lesen masih aktif.

30 lesen eksport senjata itu termasuk komponen untuk pesawat tentera, helikopter, dron dan barangan memudahkan penyasaran darat.

Walaupon begitu, Lammy tetap berkata UK terus menyokong hak Israel untuk mempertahankan diri dan sekatan terbabit hanya merangkumi senjata atau bahagian senjata dikaitkan dengan jenayah kemanusiaan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts