30 Meninggal Dunia, 400 Di Tahan Akibat Tekanan Israel Sepanjang Ogos

Yayasan Perpaduan Antarabangsa bagi Hak Asasi Manusia telah
mengeluarkan satu laporan yang mendokumenkan bahawa 30 rakyat Palestin telah meninggal dunia dan hampir 400  yang lain telah ditahan pada bulan lepas dalam operasi pendudukan Israel di wilayah Pendudukan Palestin.

“Hampir setiap hari tidak berlalu tanpa operasi pembunuhan dan
penangkapan puluhan rakyat Palestin, apatah lagi serangan oleh [negeri
pendudukan], askar mereka dan peneroka mereka terhadap rakyat Palestin
…,” laporan itu berkata.

Manakala hanya tiga daripada orang-orang yang dibunuh adalah dari
Tebing Barat dan dua daripada mereka di awal dua puluhan, seramai 27
rakyat Palestin terbunuh dalam serangan mortar dan serangan udara yang
mensasarkan Semenanjung Gaza pada bulan itu. Lima daripada mereka
adalah di bawah umur 18 tahun.

Pada bulan Ogos, tentera Israel menahan lebih daripada 380 rakyat
Palestin, termasuk 44 di bawah umur – jumlah ini adalah tambahan
kepada berpuluh-puluh pekerja Palestin yang ditangkap di luar garisan
hijau.

Apa yang membuatkan bulan itu sebagai bulan yang luar biasa adalah
apabila Israel melancarkan salah satu kempen penangkapan yang paling
meluas di Bandar Al-Khalil dalam tahun-tahun kebelakangan ini, dan
kempen ini turut ‘menyapu’ Bethlehem, daerah Yerusalem Silwan
Tulkarem, Salfit, Ramallah, dan Al-Beira.

Antara mereka yang ditahan pada bulan Ogos ialah Ahli Parlimen
Palestin Mustafa Mutlaq Abu Juheisha (Al-Khalil), Anwar al-Zabboun
(Bethlehem), dan Hassan Yousef [hanya satu bulan selepas beliau
dibebaskan selepas enam tahun dalam tahanan]. Semua ahli parlimen  itu
mewakili parti Hamas dalam Majlis Perundangan Palestin.

Satu lagi sasaran utama ialah para penyampai berita Palestin. Menurut
laporan ISFHR, tiga wartawan telah ditahan dalam bulan tersebut,
termasuk ketua Al-Jazeera  [biro Afghanistan] –  Samer Allawi. Beliau
telah ditangkap semasa beliau ingin berlepas ke Jordan di Allenby
Bridge selepas menghabiskan percutian dengan ahli keluarga di kampung
Sebastea [Tebing Barat].

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts