30% Penduduk Gaza Lalui Ramadhan Tanpa Pendapatan Harian

gazaGAZA, 29 Jun 2014 — 30% penduduk Gaza terpaksa melalui Ramadhan kali ini tanpa pendapatan harian, lapor kajian yang dijalankan oleh sebuah badan berkecuali, Gaza Chamber of Commerce.

Sekitar 600,000 rakyat tidak mempunyai pendapatan harian, di mana kadar pengangguran kini mencecah 41%. Dengan keadaan ekonomi yang meruncing akibat sekatan dunia luar, kadar pengangguran dijangka meningkat hingga 44% beberapa bulan lagi.

Menurut laporan tersebut, 38.8% penduduk Gaza adalah merupakan golongan miskin tegar.

Rejim Zionis dan Mesir mengenakan sekatan ke atas Gaza sejak tahun 2006, di mana sebarang aktiviti ekonomi dan sosial dengan dunia luar dihalang. Pihak Mesir juga bertindak memusnahkan terowong-terowong bawah tanah yang menjadi laluan alternatif kepada penduduk Gaza mendapatkan keperluan asas mereka.

Ramadhan kali ini diharungi oleh penduduk Gaza dengan kekurangan bahan keperluan asas, termasuklah makanan dan ubat-ubatan. Bahkan mereka juga dihujani dengan serangan tentera Zionis setiap hari dan malam.

———-

Sumber statistik : Middle East Monitor.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts