RAMALLAH, 16 Apr 2018 — Sekurang-kurangnya 30 penduduk Palestin ditangkap dan tiga yang lain cedera ditembak dalam serbuan tentera Zionis di seluruh wilayah Tebing Barat malam tadi.
Di awal pagi, tentera Zionis menyerbu kem pelarian Jalazone dan bandar Silwad di Ramallah dan menangkap beberapa orang penduduk.
Dalam pertempuran di kota Nablus dan kem pelarian Balata, dua pemuda ditangkap dan tiga yang lain cedera terkena tembakan selepas pasukan tentera memecah masuk rumah-rumah penduduk.
Di selatan Nablus, seorang bekas tahanan yang dibebaskan sebulan lalu ditangkap semula setelah tentera memecah masuk dan menggeledah rumahnya di bandar Urif.
Sementara di Jenin, tentera Zionis menyerbu kawasan barat bandar Qabatia dan menggeledah beberapa buah rumah sebelum menangkap empat orang penduduk.
Di al-Khalil pula, empat penduduk ditangkap dari rumah-rumah mereka di bandar Doura dan kem pelarian al-Arroub.
Seramai empat orang lagi ditangkap di Qalqilya.
(PIC)