30 penduduk Palestin ditangkap di Tebing Barat

BEIT LAHM, 5 Julai 2017 (Maan) — Tentera penjajah Zionis menangkap sekurang-kurangnya 30 orang, termasuk tiga remaja dan seorang kurang upaya, dalam operasi memburu penduduk Palestin di Tebing Barat sepanjang malam tadi.

Di utara Tebing Barat, tentera Zionis menangkap Tawfiq Rifaat Rabayaa dan Hamza Ghawadra di wilayah Jenin, manakala Mustafa Said Abu Arrah bersama anak lelakinya ‘Amro ditangkap di perkampungan Aqqaba di wilayah Tubas.

Lapan yang lain ditangkap di wilayah Nablus, termasuk dua orang dari kem pelarian Balata dan seorang lagi di perkampungan Tell. Dua lagi ditangkap di sekatan tentera Zaatara setelah tentera Zionis mendakwa menjumpai senjata di dalam kenderaan mereka.

Seramai enam orang ditangkap dari kem pelarian Qalandiyadi wilayah Ramallah. Tiga remaja, Majd Hazim Nafi, 17, Ahmad Yassin al-Khawaja, 16, dan Akram Hammad, 17, turut ditangkap di Ramallah.

Di wilayah al-Khalil, tentera menangkap dua orang penduduk setelah memecah masuk rumah mereka di perkampungan Beit Ummar.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts