30 Penduduk Palestin, Kebanyakannya Mahasiswa, Diculik Di Tebing Barat

NABLUS, 16 Nov 2017 — Tentera penjajah Zionis menculik 30 penduduk Palestin di Tebing Barat, di mana kebanyakan mereka adalah mahasiswa dari Blok Islami yang dikaitkan dengan Pergerakan Hamas.

Sekumpulan besar tentera Zionis menyerbu beberapa kejiranan di kota Nablus di awal pagi dan menculik beberapa pemuda dari rumah mereka. Antara yang diculik adalah Muousa Duwaikat, wakil Blok Islami dan ahli majlis pelajar di Universiti an-Najah, serta mahasiswa Mohamed Ramadan, Ahmed Dirwish, dan Bara al-Amer.

Tentera Zionis turut menculik pemuda Walid al-Ashqar, yang berasal dari bandar Kafr Qalil, di tempat kerja beliau berdekatan ibu pejabat majlis perbandaran Nablus. Dua lagi pemuda diculik dari rumah mereka di kota Nablus.

Manakala di al-Khalil, tentera Zionis memecah masuk dan menggeledah sebuah rumah di Kirbet Tawwas di barat bandar Dura dan menculik pemuda Abdul-Hakim Abu Arqoub.

Bayan Khamasysa, seorang mahasiswi Univerisiti Politeknik Palestin, turut ditangkap dalam satu operasi di al-Khalil.

Seramai 10 pemuda lain diculik dari Beit Lahm dan Jenin.

Dalam kejadian di Qalqilya, tentera Zionis memecah masuk dan menggeledah rumah Shaker Radwan di bandar Azzun dan mendesak supaya menyerahkan anak lelakinya, yang tiada di rumah ketika kejadian, kepada tentera.

Kem pelarian Qalandiya dan kejiranan Kafr Aqab di al-Quds turut menjadi sasaran tentera Zionis, di mana tiga pemuda Hasan Sajdiya, Mahmoud al-Lawzi dan Jihad al-Sanjalawi diculik.

(Sumber: PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts