BEIT LAHM, 3 Ogos 2017 – Tentera penjajah Zionis menangkap 30 penduduk Palestin termasuk empat orang kanak-kanak dalam operasi di Tebing Barat dan al-Quds Timur sepanjang malam tadi.
Seramai 15 daripada mangsa ditangkap di beberapa kawasan kejiranan di al-Quds Timur atas tuduhan terlibat dalam protes terhadap sekatan rejim Zionis di Masjid al-Aqsa.