30 Serangan Udara Dalam Tempoh 30 Minit (Foto Siri 2)

GAZA, 16 Nov 2012 — Tentera rejim Zionis meneruskan serangan ke atas penduduk awam Gaza awal pagi ini, dengan melancarkan lebih 30 serangan ke lokasi-lokasi berbeza dalam tempoh kurang dari 30 minit.

Sumber media di Gaza melaporkan rentetan serangan tersebut menyasarkan kawasan awam, termasuk bangunan Kementerian Dalam Negeri dan sekolah yang dikendalikan oleh United Nations Relief and Works Agency (UNRWA.) 23 warga Palestin, kebanyakannya bayi, kanak-kanak dan warga emas dibunuh oleh Zionis sejak Sabtu lalu. Sekitar 200 yang lain tercedera.

Sumbangan untuk mangsa kezaliman Zionis ini boleh diamanahkan melalui HALUAN di akaun “Tabung Palestin HALUAN” seperti berikut:
BIMB: 14-023-01-003429-2
Maybank: 5644 9020 8528

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts