300 kanak-kanak Baitulmaqdis dikenakan tahanan dalam rumah sejak 2015

RAMALLAH, 26 Apr 2018 — Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin merekodkan kes 300 kanak-kanak Palestin di Baitulmaqdis yang dikenakan tahanan dalam rumah sejak akhir tahun 2015.

Sehingga kini, seramai 20 orang daripada mereka masih terpaksa berkurung dalam rumah keluarga mereka.

Tahanan dalam rumah merupakan hukuman yang lebih memberi tekanan daripada tahanan dalam penjara, kerana ibubapa mangsa dipaksa terlibat secara langsung dalam memantau anak mereka mematuhi syarat-syarat tahanan.

Ia merupakan hukuman kepada mangsa dan juga keluarga mereka, di mana penjaga mangsa diwajibkan berada di rumah pada setiap masa dan bertanggungjawab ke atas sebarang pencabulan syarat kurungan.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts