300 kanak-kanak Palestin dikurung dalam penjara Zionis

RAMALLAH, 4 Apr 2017 (PIC) — Hampir 300 kanak-kanak Palestin termasuk 14 perempuan ditangkap sejak awal tahun 2017 dan dikurung dalam penjara Zionis.

Laporan Persatuan Tahanan Palestin mendedahkan berbagai bentuk pencabulan hak dilakukan ke atas kanak-kanak yang ditahan, termasuk penangkapan di waktu malam, serangan, ditembak, teknik soal-siasat secara ganas, ugutan, penyiksaan psikologi dan fizikal, serta memaksa mereka membuat pengakuan palsu.

Mangsa juga dikenakan hukuman berat, termasuk hukuman penjara selama 10 tahun dan seumur hidup.

Majoriti mangsa berasal dari al-Quds.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts