300 pelajar Palestin dikurung dalam penjara Zionis

RAMALLAH, 19 Mac 2019 — Menteri Pelajaran Palestin, Sabri Saidam, hari ini mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya 299 kanak-kanak pelajar dan 30 pekerja sekolah Palestin masih dikurung dalam penjara Zionis.

Di samping itu, seramai 47 pelajar terbunuh sepanjang tahun 2018 dan 3,191 yang lain cedera ditembak oleh tentera Zionis.

Lebih 97 buah sekolah telah diserang oleh tentera Zionis, iaitu 87 buah di Tebing Barat dan 10 lagi di Gaza.

Dianggarkan sekitar 6,000 penduduk Palestin termasuk wanita, kanak-kanak dan ahli parlimen masih dikurung dalam penjara Zionis.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts