300 penduduk al-Khalil ditahan dalam tempoh 3 bulan

AL-KHALIL, 11 Apr 2017 (PIC) — Tentera penjajah Zionis menahan hampir 300 orang penduduk Palestin di al-Khalil dalam tempoh tiga bulan lalu.

Laporan Pusat Maklumat Tahanan menyebut bahawa 12 orang daripada mereka adalah wanita dan 53 yang lain adalah kanak-kanak termasuk seorang kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun.

Dua orang Ahli Parlimen dari al-Khalil, Samira Halaiqa dan Mohamed Ismail al-Tal, turut ditangkap dalam tempoh tersebut.

Sejak awal tahun 2017, dua orang tahanan Palestin dari al-Khalil dihukum penjara seumur hidup manakala 68 lagi dikenakan tahanan pentadbiran tanpa sebarang pengadilan mahupun pendakwaan.

Kini seramai 6,500 penduduk palestin merengkuk dalam penjara Zionis termasuk 62 orang wanita, 300 kanak-kanak dan 500 tahanan pentadbiran.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts