RAMALLAH, 17 Apr 2016 (PIC) — 3,000 tahanan Palestin di penjara Nafha, Raymond, Eshel, dan Negev hari ini mengadakan mogok lapar selama sehari sebagai sokongan dan solidariti ke atas rakan tahanan di penjara Nafha.
Tahanan Palestin di seksyen 14 penjara Nafha diserang oleh pasukan khas polis Zionis Selalu lalu, menyebabkan 48 tercedera dan sebahagian daripada mereka dimasukkan ke hospital manakala sebahagian yang lain dipindahkan ke dalam penjara terasing.
Dalam pada itu, 35 tahanan Palestin di penjara Eshel dan Ofer menyertai mogok lapar sebagai solidariti terhadap tahanan terasing Shukri Khawaja. Shukri sebelum ini mengisytihar mogok lapar sebagai membantah penahanan terasing ke atas beliau secara berterusan sejak tahun 2014.
Seramai 7,200 penduduk Palestin kini berada dalam penjara Zionis, termasuk 450 kanak-kanak dan 69 wanita.