31 penduduk Palestin diculik, termasuk seorang Ahli Parlimen dan 4 kanak-kanak

RAMALLAH, 9 Mac 2017 (Maan) — Sekurang-kurangnya 31 orang penduduk Palestin, termasuk seorang Ahli Parlimen dan empat kanak-kanak, diculik dalam operasi tentera penjajah di Tebing Barat dan al-Quds sepanjang malam tadi.

Sejak awal tahun 2017, tentera Zionis menjalankan purata 73 operasi menangkap penduduk Palestin setiap minggu.

Dalam kejadian di al-Khalil, lapan penduduk Palestin diculik termasuk Ahli Parlimen Palestin, Samira al-Halaiqa, yang ditahan di al-Shuyukh.

Di al-Quds, sekurang-kurangnya tiga kanak-kanak berumur dari 11 hingga 15 tahun diculik dari kejiranan Silwan. Dua penduduk kem pelarian Qalandiya dan seorang penduduk Qatanna di wilayah al-Quds turut ditangkap.

Di utara Tebing Barat, tiga pemuda diculik dari daerah Qalqiliya dan tiga yang lain dari Tulkarem turut menjadi mangsa, dengan mendakwa mereka sebagai aktivis Hamas.

Tiga yang lain ditangkap dari perkampungan Qabalan dan al-Lubban al-Sharqiya di wilayah Nablus.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts