31 tahanan mogok lapar dipindahkan

RAMALLAH, 8 Mei 2017 (PIC) — Seramai 31 orang tahanan di penjara Obli Kedar, Ramon dan Gurun Naqab yang menyertai mogok lapar pada hari ke-18 pelancarannya telah dipindahkan ke penjara Ashkelon.

Kenyataan Persatuan Tahanan Palestin menyebut bahawa tahanan mogok lapar tidak lagi dibenarkan membawa barangan ke dalam kurungan, kecuali berus gigi, ubat gigi, pakaian dalam dan seragam penjara.

Mereka ditahan dalam kurungan yang kotor dan dikenakan denda sehingga 200 shekel (RM240), di samping dikenakan larang berkunjung ke kantin selama dua bulan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts